Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan Google untuk menyahaktif ciri graf pertukaran mata wang ringgit daripada enjin cariannya.

Dalam catatan di X, beliau menjelaskan bahawa Google Malaysia membuat keputusan secara bebas selepas menerima maklum balas daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Saya tidak pernah arah Google untuk menutup pertukaran mata wang dalam kotak carian seperti yang saudara tuduh.

“Google Malaysia mengambil tindakan untuk menurunkan widget itu selepas menerima maklum balas daripada Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya di X pada Khamis.

Dalam pada itu, Fahmi menjelaskan lagi, Google kini dalam proses ujian dengan pembekal data pertukaran asing (FX) mereka yang dikenal pasti.

“Pihak Google memaklumkan mereka masih menjalankan ujian dengan FX data provider yang dikenal pasti, dan akan kembalikan widget itu bila mereka lebih yakin kesilapan data tidak lagi berulang,” katanya.

Hal ini berikutan insiden pada 15 Mac apabila enjin carian popular, Google menerbitkan data kadar pertukaran Ringgit yang tidak tepat dan maklumat salah ini tersebar di media sosial.

Related Posts

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

KUALA LUMPUR – Cadangan pelantikan Pendakwa Raya melalui mekanisme Parlimen tidak dapat mengelakkan pengaruh politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

PUTRAJAYA – Semua kementerian diarahkan meneliti semula status tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dikenal pasti sudah lama tidak dibangunkan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa