
BANDA HILIR – Hujan lebat berterusan selama dua jam sejak pukul 7 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Banda Hilir di sini dilanda banjir kilat.
Bencana itu turut dikongsikan oleh pengguna media sosial dengan memaparkan Banda Hilir dinaiki air hingga mengakibatkan beberapa kenderaan terkandas.
Kejadian banjir kilat ini dikenal pasti berpunca daripada fenomena air pasang besar di Selat Melaka.
Bencana ini akan bertambah buruk sekiranya hujan lebat berterusan disertai angin kencang dan ombak besar yang berlaku secara serentak menyebabkan berlakunya banjir kilat dan limpahan air laut.