Pejalan kaki warga asing maut dalam kemalangan dua buah kenderaan

PENAMPANG – Seorang wanita warga asing, 28 tahun yang melintas jalan, maut akibat terlibat dengan kemalangan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda dan motokar di Jalan Kota Kinabalu menghala ke Jalan Papar berdekatan Kampung Dumpil Putatan pada petang Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Sammy Newton, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kes kemalangan kira-kira pukul 2.30 petang.

“Pejalan kaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan bertugas dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu bagi tujuan bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan media.

Manakala kedua-dua pemandu kenderaan yang merupakan warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sarapia Ladoni di talian 019-8095133.

Pihak polis menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan melintas jalan serta meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Related Posts

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

SEMPORNA – 15 individu termasuk pelancong selamat selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dua bot di kawasan perairan berhampiran Floating Resort dan Jeti Umum Semporna, pada Khamis. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas