Hubungan UMNO dan MIC baik, tiada isu tinggalkan gabungan – Saarani

PASIR SALAK – Barisan Nasional (BN) Perak menegaskan hubungan erat dengan MIC di negeri ini kekal utuh, sekali gus menepis spekulasi bahawa parti komponen itu bakal meninggalkan gabungan tersebut seperti yang berlaku di beberapa negeri lain.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang makluman atau isyarat bahawa MIC Perak bercadang keluar daripada BN.

Malah,ujarnya, kerjasama antara UMNO dan MIC di negeri ini sentiasa berada pada tahap baik.

“Saya belum dengar (MIC Perak mahu keluar BN). Di Kedah, mereka sudah buat konvensyen dan memutuskan untuk bekerjasama dengan pihak lain.

“Namun, di Perak, Pengerusi Perhubungan MIC negeri, Tan Sri M. Ramasamy dan kepimpinan mereka tiada masalah dengan saya. Malah, kami sentiasa berhubung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030, Daerah Hilir Perak Tahun 2025 di Sekolah Kebangsaan Permatang, Sungai Manik, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Menurut Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak, BN negeri ini sentiasa mengamalkan pendekatan inklusif dan tidak pernah meminggirkan rakan komponen, termasuk MIC.

Malah, tambah beliau, beberapa tokoh MIC turut diberi peranan penting dalam pentadbiran dan agensi berkaitan kerajaan (GLC).

“Walaupun MIC tidak mempunyai wakil sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), mereka tetap diberi tempat. Seorang wakil MIC dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Air Perak (LAP) dan seramai 14 pemimpin MIC peringkat bahagian menjadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan MIC Kedah telah meluluskan usul untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan tidak menolak kemungkinan meninggalkan BN.

Namun, Pengerusi MIC Kedah, SK Suresh menegaskan keputusan muktamad akan ditentukan oleh kepimpinan pusat.

Dengan penegasan Saarani itu, BN Perak kekal berpendirian bahawa perpaduan dalam gabungan politik di negeri ini berada pada landasan kukuh demi kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO