Hubungan dua hala Malaysia–Brunei diperkasa dalam pelbagai bidang – Fahmi

MALAYSIA dan Brunei bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik melalui Rundingan Tahunan Malaysia–Brunei (ALC) Ke-26 yang berlangsung pada Rabu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerjasama antara kedua-dua negara meliputi sektor perdagangan, pelaburan, tenaga, maritim, pendidikan, pertanian dan keterjaminan makanan.

“Malaysia turut menyambut baik langkah Royal Brunei Airlines menambah bilangan penerbangan ke Sabah, selain pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) di Bandar Seri Begawan yang diyakini dapat merancakkan lagi hubungan dua hala,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara kedua-dua negara yang berperanan sebagai platform kepada pemimpin untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu semasa serta bertukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

ALC Ke-26 pada hari ini mempertemukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Putrajaya.

Dalam pada itu, Fahmi turut melahirkan rasa syukur kerana diberikan penghormatan sebagai Menteri Pengiring kepada Baginda Sultan Hassanal Bolkiah sepanjang Lawatan Negara Baginda ke Malaysia selama tiga hari yang berakhir pada Rabu.

“Moga hubungan istimewa Malaysia-Brunei terus diperkasakan berlandaskan ukhuwah, kerjasama strategik serta aspirasi bersama, demi kestabilan dan kesejahteraan serantau,” katanya.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada Isnin lalu bagi Lawatan Negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baginda yang diiringi oleh delegasi termasuk Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, menteri-menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan Brunei, telah berlepas pulang dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada pukul 3.05 petang.

Pada tahun 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara ASEAN, dengan jumlah dagangan mencecah RM7.53 bilion (USD1.77 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei mencapai USD690 juta (RM3.02 bilion), meliputi eksport berjumlah USD500 juta (RM2.18 bilion) dan import sebanyak USD190 juta (RM840 juta).

Related Posts

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia