Lebih 100 hektar kebun durian haram ditebang penguat kuasa Pahang

KUANTAN – Lebih 100 hektar atau 260 ekar tanaman durian di Hutan Simpan Kekal Gunung Benom, Raub ditebang sekali gus membuktikan tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada Ops Sekat yang kini memasuki fasa empat bermula 21 Julai lalu bagi mengekang aktiviti penanaman durian haram di daerah berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini lebih 10,000 hektar (25,000 ekar) kawasan durian haram disekat laluan keluar masuk.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh tanah kerajaan atau hutan simpan kekal secara haram, termasuk aktiviti penanaman durian haram di daerah Raub.

“Tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang dan tindakan tegas akan diteruskan sehingga kegiatan ini dihapuskan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy menjelaskan, hasil operasi itu, seramai 45 individu ditahan melibatkan 20 kes kesalahan mengikut Kanun Tanah Negara, Akta Perhutanan Negara, Akta Imigresen serta Akta Senjata.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei