Hsien Loong yakin hubungan Singapura-Malaysia terus berkembang

SINGAPURA – Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong, yakin hubungan republik ini dengan Malaysia akan terus berkembang maju bawah naungan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.

Beliau yang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara, turut mendoakan yang terbaik untuk baginda dalam peranan baharu itu.

“Berbesar hati untuk menghadiri istiadat pertabalan Sultan Ibrahim.

“Sultan Ibrahim dan saya adalah sahabat lama yang telah saling mengenali sekian lama,” katanya dalam catatan melalui Facebook.

Hsien Loong yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura selama hampir 20 tahun berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah pada Mei lalu.

Beliau memaklumkan ketika itu, Sultan Ibrahim ke Singapura dalam Lawatan Negara pertama baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

“Seri Paduka dengan baik hati memanjangkan jemputan kepada saya ketika itu,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan, kelmarin, berkata Hsien Loong adalah antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang dijemput Sultan Ibrahim untuk menghadiri istiadat pertabalan berkenaan.

Beliau yang tiba di Malaysia bersama isteri, Ho Ching serta delegasi turut dijadualkan menghadiri Santapan Diraja pada malam tadi.

Related Posts

Al-Aqsa, Gereja Makam Suci dibuka semula bermula Khamis

BAITULMAQDIS – Israel mengumumkan pembukaan semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di timur Baitulmaqdis yang diduduki bermula pagi Khamis, selepas kedua-dua tapak suci itu ditutup sejak 28 Februari lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump akur gencatan senjata 14 hari

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan ‘penangguhan serangan ketenteraan’ terhadap Iran selama dua minggu. Dalam satu kenyataan dimuat naik Rumah Putih di platform X, beliau berkata, gencatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis