BN berpeluang menang di Nenggiri 

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia berdasarkan kredibiliti calon diketengahkan iaitu anak muda tempatan, profesional dan telah lama berkhidmat di kawasan itu.

“Sebelum ini ia bertukar milik kepada Perikatan Nasional (PN) namun pada Pilihan Raya Negeri yang lepas, kita (BN) kalah dengan majoriti 810 undi sahaja.

“… dan di Nenggiri ini kalau kalah satu pun kerajaan negeri masih ditadbir Pas, tetapi rakyat Kelantan mahukan seseorang yang boleh memberikan semak imbang kerana sekarang di sana, pembangkang hanya ada dua. 

“Jadi tambahkan sahaja satu kerusi pembangkang tanpa menggugat pemerintahan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang di Shah Alam hari ini.

Muhammad Akmal berkata, sayap Pemuda UMNO juga akan memaksimumkan usaha dalam memastikan kemenangan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang diumum sebagai calon mewakili BN bagi PRK itu. 

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi. 

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen