HPPNK 2025 zahir penghargaan, hargai komuniti agro negara

TAWAU – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun ini merupakan medan utama dalam menzahirkan penghargaan kerajaan terhadap jasa dan pengorbanan komuniti agro negara khususnya golongan peladang, petani, penternak dan nelayan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia selari dengan tema HPPNK ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’ yang menjadi simbol pengiktirafan terhadap kekuatan dan semangat luar biasa komuniti agro menjamin keterjaminan makanan untuk rakyat Malaysia.

“Saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wira-wira negara kita iaitu warga peladang, petani, penternak dan nelayan yang tidak pernah berhenti berjuang demi keterjaminan makanan rakyat Malaysia.

“Anda adalah hero yang sebenar. Sesungguhnya HPPNK ini adalah untuk meraikan anda semua,” katanya semasa merasmikan HPPNK 2025@Tawah, di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau, pada Sabtu.

Bercakap kepada media, Arthur berkata Tawau dipilih sebagai tuan rumah pertama jelajah HPPNK bagi memastikan rakyat Pantai Timur Sabah mendapat manfaat sebelum ia diteruskan ke Zon pedalaman Sabah dan berakhir di Pantai Barat Sabah.

Katanya, HPPNK seterusnya di Pekan Sook yang diadakan pada 18 hingga 20 Julai sementara kemuncaknya pada 1 hingga 3 Ogos di Kota Kinabalu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini kali pertama sejak 30 tahun HPPNK, Sabah diberi peluang menjadi tuan rumah dan kalau kita laksana di Kota Kinabalu sahaja, ia kurang memuaskan.

“Kalau di bandar besar (Kota Kinabalu), kita tidak dapat mengurangkan jurang antara Kementerian bersama masyarakat khususnya luar bandar, sedangkan pemegang taruh yang paling utama dalam Kementerian iaitu sektor pertanian dan agro makanan adalah masyarakat luar bandar.

“Justeru kita diperingkat Kementerian mengambil keputusan jelajah HPPNK bermula di Tawau agar kita boleh meluaskan capaian dan menarik lagi penglibatan masyarakat umum daripada seluruh negeri Sabah,” katanya.

Program berkenaan mensasarkan 20,000 pengunjung di Tawau dan kawasan sekitar yang menawarkan pelbagai produk tempatan, jualan agro MADANI dan pameran agensi.

Related Posts

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

LAHAD DATU – Dakwaan kononnya kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik Tawau yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia secara rasmi sebagai milik Indonesia adalah tidak benar, kata Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese