Hospital Miri sertai latihan kecemasan, simulasi insiden pesawat terhempas

MIRI – Hospital Miri terlibat dalam sesi latihan kecemasan yang menyimulasikan kejadian bencana di luar hospital, melibatkan insiden nahas pesawat terhempas yang berlaku di Lapangan Terbang Miri.

Latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan kesiapsiagaan pihak hospital serta agensi terlibat dalam menangani sebarang kemungkinan kecemasan.

Latihan tersebut turut melibatkan kerjasama erat antara pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Latihan tersebut mensimulasikan senario nahas pesawat di mana pasukan perubatan Hospital Miri perlu bertindak pantas dalam memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa.

Kakitangan perubatan dilatih untuk menangani kes kecederaan parah dan memobilisasi sumber dengan efisien.

Pada 1:32 petang, pihak hospital diminta untuk ‘stand down’ bagi menandakan sesi latihan insiden bencana luar hospital ini telah selesai dan ditamatkan secara keseluruhannya.

Objektif latihan ini adalah meningkatkan kemahiran anggota perubatan dan memastikan sistem dan prosedur kecemasan sentiasa berada pada tahap optimum.

Hospital Miri terus komited memastikan perkhidmatan kecemasan dan kesihatan komuniti sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan agensi berkaitan.

Related Posts

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan mengambil pendirian berkecuali berhubung krisis politik yang berlaku di Negeri Sembilan. ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad memaklumkan, pendirian berkecuali itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

KOTA ISKANDAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong menegaskan bahawa kejayaan Johor dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan