42,438 angka korban terkini Palestin, dua masjid musnah

GAZA – Sekurang-kurangnya 29 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lalu kepada 42,438, kata Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.

Kenyataan kementerian menambah bahawa kira-kira 99,246 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu, lapor Anadolu.

“Pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai di Gaza, mengakibatkan 29 kematian dan 93 kecederaan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Puluhan rakyat Palestin masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya akibat sekatan berterusan tentera Israel terhadap perkhidmatan kesihatan di sini (kawasan perang),” tambahnya.

Dalam serangan terbaharu, jet pejuang Israel telah memusnahkan dua buah masjid di bandar Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza pada Khamis.

Mengikut maklumat daripada sumber tempatan, serangan udara itu menyasarkan masjid di kawasan Musbah.

Sejak bermulanya perang pada 7 Oktober 2023, tentera Israel telah memusnahkan 814 masjid di wilayah Gaza, manakala 148 masjid lagi dilaporkan rosak, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Selain itu, dalam serangan udara sama, jet pejuang Israel turut menyasarkan sebuah sekolah yang dijadikan sebagai tempat perlindungan di Blok 12 kem pelarian al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza, menurut saksi.

Saksi berkata, tiada mangsa yang terkorban dalam serangan itu susulan orang ramai sudah meninggalkan kawasan terbabit akibat serangan udara dan tembakan berterusan daripada dron Israel.

Related Posts

Cuaca sejuk melampau ragut 24 nyawa di Gaza
  • SitiSiti
  • January 14, 2026

JUMLAH kematian akibat cuaca sejuk melampau di Genting Gaza meningkat kepada 24 orang, termasuk 21 kanak-kanak, sejak bermulanya serangan ketenteraan Israel pada Oktober 2023, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cuba gagal proses pilihan raya tempatan punca siri serangan bom

BANGKOK – Siri serangan bom dan kebakaran menyasarkan 11 stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand awal pagi semalam, bertujuan mengganggu proses Pilihan Raya Pentadbiran Tempatan. Perdana Menteri Thailand Anutin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh