Hospital kanser terakhir di Gaza musnah

SERANGAN Israel telah memusnahkan Hospital Eropah iaitu hospital terakhir di Gaza yang satu-satunya menyediakan rawatan untuk pesakit kanser dan kini terpaksa menghentikan operasinya.

Kementerian Kesihatan pada Khamis menyatakan serangan Israel terhadap hospital tersebut menjadikan rawatan perubatan mustahil dijalankan disebabkan ancaman keselamatan terhadap kakitangan perubatan dan pesakit.

“Hospital di bandar Khan Younis, selatan Gaza, merupakan satu-satunya pusat perubatan yang masih memberikan rawatan kepada pesakit kanser selepas Hospital Persahabatan Turki-Palestin dimusnahkan oleh tentera Israel.

”Penutupan hospital itu bermaksud menafikan pesakit kanser daripada mengikuti protokol rawatan dan memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka, katanya, lapor Anadolu.

Kementerian juga menyatakan bahawa serangan terbaru Israel telah menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur hospital, jabatan dalaman, serta jalan-jalan menuju ke fasiliti itu.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, sebanyak 38 hospital, 81 pusat kesihatan, dan 164 institusi perubatan telah musnah, dibakar, atau tidak lagi dapat beroperasi akibat serangan berterusan oleh Israel.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel telah melancarkan serangan ganas ke atas Semenanjung Gaza, yang telah mengorbankan hampir 53,000 rakyat Palestin, majoritinya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, serta bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan pertuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakan ketenteraannya di wilayah tersebut.







Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM