Tugas bangun negara perlu pembabitan ahli – Nurul Izzah

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa usaha membangunkan negara bukan hanya terletak di bahu pimpinan parti semata, bahkan memerlukan penglibatan ahli.

Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, beliau berkata, PKR perlu terus memberikan ‘kepedulian’ sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

“Saya melihat kepada pengalaman banyak negara seperti di Amerika Syarikat dan Jerman… orang kalau tidak percaya, kadang-kadang mereka tidak melihat kepada parti yang mampu mempertahankan mereka

“Satu-satunya negara yang saya fikir melaksanakan reformasi ialah Mexico, dan inilah yang sedang kita buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Temu Rapat Akar Umbi, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, lapor Bernama.

Nurul Izzah yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan sesi 2025-2028 juga mahu supaya pemilihan dilangsungkan dalam suasana harmoni dan tidak berpuak.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, Johor dengan pemilihan pimpinan pusat ditetapkan pada 23 Mei.

Related Posts

Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tegas tidak kompromi salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – PKR menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin atau ahlinya yang didapati menyalahgunakan kuasa. Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis