Himpunan Rakyat Benci Rasuah cipta persepsi negatif kepada pelancong,  berdegil tak beredar dari Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Himpunan Rakyat Benci Rasuah dilihat mencipta persepsi negatif kepada pelancong selepas bertindak merempuh dan meneruskan himpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kawasan itu terkenal dengan tumpuan pelancong tidak kira tempatan mahupun asing, namun hari dicemari dengan laungan menghentam kerajaan berkenaan rasuah.

Demo itu memaparkan sisi gelap rakyat Malaysia dan berdasarkan ucapan diberikan, tiada hujah atau bukti yang menunjukkan kerajaan sekarang sedang mengamalkan rasuah.

Hampir satu jam mereka berdemo, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan untuk peserta beredar susulan tindakan mereka melakukan himpunan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas, menggangu orang ramai membeli-belah sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, sehingga kini, peserta Himpunan Benci Rakyat berdegil untuk tidak beredar dari Dataran Merdeka dan terus berhimpun di kawasan tersebut itu walaupun cuaca merekodkan keadaan panas terik.

Himpunan dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) bersama persatuan mahasiswa dari beberapa universiti tempatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda untuk bersama-sama menentang rasuah.

Peserta himpunan sebelum itu berkumpul di sekitar pusat beli-belah terbabit kira-kira jam 2.30 petang sebelum bersedia bergerak bergerak melalui Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati suasana himpunan dalam keadaan terkawal dan diawasi oleh anggota polis walaupun pelbagai sikap dan perbuatan provokasi cuba dilakukan peserta.

Terdahulu, kerajaan tidak menghalang sekumpulan mahasiswa menganjurkan Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadual pada hari ini bermula di Kompleks SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Dataran Merdeka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebenaran telah diberikan agar himpunan tersebut diteruskan dan tiada masalah untuk sesiapa sahaja menyertai bantahan berkenaan.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis Negeri Sembilan: Penyelesaian kemelut perlu berlandaskan tertib adat dan undang-undang – Pakar

Krisis Negeri Sembilan: Penyelesaian kemelut perlu berlandaskan tertib adat dan undang-undang – Pakar

Cari calon PRN ‘online’ bukti Bersama bukan parti kompeten – Puad

Cari calon PRN ‘online’ bukti Bersama bukan parti kompeten – Puad

Prestasi mata wang ringgit antara terbaik di Asia

Prestasi mata wang ringgit antara terbaik di Asia

Dua remaja perempuan hilang di Mukah ditemui selamat

Dua remaja perempuan hilang di Mukah ditemui selamat

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir