Himpunan 500 huffaz pupuk generasi muda cintai Al-Quran

TAWAU – Himpunan seramai 500 huffaz dalam program Sambutan Nuzul Al-Quran Perdana Peringkat Tawau dilihat mampu menyemarakkan lagi kecintaan terhadap al-Quran khususnya dalam kalangan generasi muda.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyifatkan kehadiran hafiz dari seluruh Tawau ini membanggakan yang secara langsung turut mencerminkan perkembangan positif institusi tahfiz.

“Peristiwa Nuzul Quran ini harus kita ingati kerana ia merupakan mukjizat agung dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam.

“Ini juga meningkatkan keimanan kita disamping segala petunjuk yang terdapat dalam Al-Quran ini supaya menjadi umat Rasullullah SAW yang berjaya di dunia dan akhirat,” katanya kepada media pada Program Sambutan Nuzul Al-Quran Perdana Peringkat Tawau 2026 di Masjid Al-Kauthar, di sini, pada Sabtu.

Nizam turut menzahirkan penghargaan atas komitmen padu Masjid Al-Kauthar Tawau dengan kerjasama Persatuan Hikmat Umat serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menjayakan program ini yang mampu mengimarahkan Masjid dan memperkukuh penghayatan terhadap mukjizat Allah SWT.

Program dua hari bermula Jumaat hingga Ahad tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti iaitu khatam al-Quran, qiamullail, bersahur dan berbuka puasa.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan