‎Jualan Rahmah wajar diperluas ke kawasan PPR – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Jualan Rahmah wajar diperluaskan ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Parlimen Sepanggar bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, cadangan itu dibuat selepas melihat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap program berkenaan.

‎“Hari ini kita berada di Pekan Inanam mengadakan Jualan Rahmah sempena bulan Ramadan dan untuk kita menghadapi Hari Raya Aidilfitri.

‎“Untuk hari ini sahaja kita ada dua lokasi, yang pertama di Taman Bukit Setia, Sepanggar dan yang kedua di Pekan Inanam,” kongsinya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan jualan rahmah di Tugu Peringatan Inanam, pada Sabtu.

‎Sehubungan itu, Mustapha berharap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat mempertimbangkan penganjuran Jualan Rahmah di semua kawasan PPR sekitar Sepanggar bagi memberi peluang kepada golongan B40 mendapatkan barangan keperluan pada harga Rahmah.

‎“Saya harap KPDN dapat mengambil kira perkara ini.

‎”Kita pergi ke perumahan PPR yang ada di sekitar Sepanggar supaya memberi ruang kepada golongan B40 untuk membeli barangan pada harga Rahmah,” ujarnya.

‎Mustapha turut merakamkan penghargaan kepada KPDN serta Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali kerana memberi ruang kepada Parlimen Sepanggar menganjurkan program tersebut.

‎“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada KPDN dan Datuk Armizan kerana telah memberi ruang kepada Parlimen Sepanggar untuk mengadakan program Jualan Rahmah,

‎“Daripada pengamatan saya, ramai pengunjung yang datang merasa amat gembira dan mereka mahu supaya Jualan Rahmah ini diadakan lebih kerap,” jelasnya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James