Hilang sebelah kaki tidak halang Mohd Norizan jadi petani

ALOR SETAR – Tragedi dipatuk ular ketika usianya 5 tahun hingga menyebabkan kehilangan kaki kanan tidak menghalang seorang lelaki untuk melibatkan diri dalam pertanian di Kampung Paya Besar, Pokok Sena dekat sini.

Bagi Mohd Norizan Abdullah, 46, minatnya dalam pertanian mula tersemai sejak dia kecil lagi apabila sering mengikut bapanya ke sawah untuk menanam padi.

Katanya, bagaimanapun pada masa itu pergerakannya itu terhad kerana tidak cekap menggunakan tongkat bagi membantu bapanya mengerjakan sawah.

“Kini saya sudah mampu bergerak dengan cekap dan mengambil kesempatan itu untuk mula menanam 160 pokok nangka untuk dikomersialkan. Bermodalkan RM10,000 saya membeli anak benih serta membajak kebun getah yang ditinggalkan oleh arwah bapa saya.

“Hasilnya kini pokok nangka itu sudah membesar dan mungkin dua tahun lagi akan mula hasilkan buah. Jika tidak pergi ke sawah saya akan menghabiskan masa sepenuhnya di kebun seluas 1.5 hektar ini,” katanya yang pernah mewakili Kedah dalam Sukan Paralimpik pada 2020.

Menurut Mohd Norizan, dia sanggup melabur sebanyak itu kerana yakin pertanian kini boleh dijadikan perniagaan jika bijak dan rajin menguruskannya.

“Sebelum ini saya juga turut belajar teknik menanam pokok nangka dari kawan yang tinggal di Negeri Sembilan. Dia mencadangkan menanam pokok itu kerana mampu menjana pendapatan masa akan darang.

“Memang sangat sukar untuk melakukannya apatah lagi saya seorang kurang upaya.

“Bagaimanapun itu tidak mematah semangat saya untuk melibatkan diri dalam pertanian. Walaupun musim buahnya masih lambat lagi tetapi kehijauan pokok yang tumbuh hari ini cukup memberi semangat kepada saya,” katanya yang kini menyara ibunya.

Jelas Mohd Norizan lagi, bagi mendapat pulangan hasil yang cepat dia turut menanam tanaman kontan seperti bendi, pisang dan bendi supaya dapat menampung perbelanjaan di kebunnya itu.

“Sehingga kini saya belum mendapat sebarang bantuan dari agensi pertanian tetapi itu bukan penghalang yang mematahkan semangat saya.

“Sehingga kini saya terpaksa mengguna baja padi lebihan dibeli dari kawan-kawan saya yang mengusahakan sawah. Nak membeli baja di kedai memang mahal dan saya tidak mampu. Bagi mendapat baja supaya pokok sentiasa subur saya terpaksa menagih bantuan dari kawan-kawan supaya menjual kepada saya,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun kecacatan pada kakinya itu tidak menghalang untuk mengusahakan kebunnya itu tetapi kesabaran merupakan kunci azimat kepadanya untuk maju bagi mencari rezeki bagi keluarganya.

“Memang tanpa kesabaran pasti akan gagal tetapi kerana minat saya tetap melakukannya. Bayangkan pada musim kemarau saya terpaksa mengangkut air dengan menaiki motosikal sejauh 100 meter.

“Selepas itu saya menyimpannya dalam tong besar dan letak botol yang berisi air pada setiap pangkal pokok. Bagaimanapun jika kemarau kuat saya terpaksa menyiram setiap pokok supaya tanaman mendapat air secukupnya.

“Memang perit orang yang cacat seperti saya untuk mengusahakan kebun. Bagaimanapun kini sudah terbukti saya berjaya menjadi peladang dengan pokok-pokok tumbuh dengan subur,” katanya.

Ditanya sekira mendapat bantuan, Mohd Norizan berkata diabsangat memerlukan telaga tiub supaya tidak penat untuk mengangkut air terutamanya persiapan untuk musim kemarau yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Saya sangat berharap ada pihak yang sudi membantu bagi sunbangan telaga tiub supaya dapat meringankan beban kerja saya selama ini. Selain itu saya juga sangat memerlukan pusat pengumpulan hasil bagi menjual tanaman kontan yang akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.

“Kebetulan kedudukan kebun saya ini tepi jalan adalah sangat sesuai pusat pengumpulan ini menjadi tempat saya berurus niaga dengan pengguna jalan raya yang melalui sepanjang jalan ini,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16