JPSM tawar PSV e-Hailing percuma untuk belia Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menawarkan Program Lesen Memandu Vokasional (PSV) e-Hailing percuma untuk golongan belia Sabah.

JPSM dalam hantarannya di Facebook berkata, program tersebut merupakan peluang keemasan bagi golongan belia di Sabah menceburi bidang e-hailing secara mudah dan pantas.

“Kini, anda berpeluang mendapatkan lesen PSV percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran yuran hanya dalam satu hari dan antara kelebihan program ini termasuk menjimatkan kos dan membolehkan anda mulakan kerjaya e-hailing tanpa beban kewangan.

“Terbuka kepada belia Sabah lelaki dan wanita yang berumur 21 hingga 45 tahun, serta sihat tubuh badan dan bebas saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Permohonan hanya terbuka kepada warganegara Sabah yang mempunyai lesen memandu kompeten (CDL) sekurang-kurangnya dua tahun dan merupakan pemandu yang memohon lesen e-hailing buat kali pertama sahaja serta perlu menyediakan salinan MyKad, lesen memandu (CDL) dan gambar berukuran pasport berlatar belakang putih,” katanya menerusi hantaran tersebut di sini pada Isnin.

Kursus tersebut akan berlangsung selama sehari sahaja bertempat di Institut Memandu Winajasa (IMW) Putatan.

Turut disediakan kemudahan seperti makan dan minum serta pemeriksaan kesihatan percuma manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 November depan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16