Hidrogen kunci pertumbuhan ekonomi masa depan – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak menetapkan visi strategik untuk memanfaat sumber asil negeri ini dalam menangani cabaran global dan mencipta peluang ekonomi baharu.

“Meskipun terdapat isu global seperti perubahan iklim dan keselamatan makanan, Sarawak berada dalam kedudukan unik dengan mengubah cabaran kepada peluang ekonomi menerusi pelaburan strategik,” ujar beliau.

Tambah beliau, meskipun terdapat wujudnya masalah, ia juga dapat menawarkan peluang jika melihat dengan pandangan jauh.

Abang Johari mengulas berkenaan kesedaran global bermula Protokol Kyoto pada 1997 dan diteruskan dengan Perjanjian Paris pada 2015.

“Saya melihat terdapat dua aliran pemikiran iaitu menolak isu global tidak akan berlaku dan satu aliran percaya ia mungkin akan berlaku,” kata beliau.

Selain itu, Abang Johari berkongsi pengalamannya di persidangan di Dubai baru-baru ini.

“Terdapat perbezaan pendapat antara negara pengeluar minyak dengan negara menggalakkan tenaga bersih,” katanya.

Ujar beliau, Sarawak berada dalam kedudukan strategik dengan iklim yang stabil serta sumber air yang baik sehingga mampu menghasilkan tenaga bersih khususnya hidrogen.

“Pakar mengatakan tenaga paling bersih adalah tenaga hidrogen kerana dihasilkan daripada sumber air,” jelas beliau lagi.

Beliau juga berkongsi pengalamannya dalam menerokai sumber tenaga hidrogen bermula lawatan ke Jerman ketika menjawat Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

“Saya bekerjasama dengan syarikat gas industri termuka Jerman, Linde untuk melihat potensi tenaga hidrogen,” kata beliau.

Meskipun, tambah beliau, visi awalnya pada mulanya diragui, perkembangan terkini mengesahkan potensinya.

Ujar beliau lagi, Sarawak kini menubuhkan kilang pengeluaran hidrogen kecil sendiri walaupun kos tenaga untuk pengeluaran agak tinggi.

“Melalui kerjasama dengan PETRONAS, teknologi membran telah mengurangkan tenaga yang diperlukan daripada 60 kilowatt-jam kepada 28 kilowatt-jam bagi setiap kilogram hidrogen,” jelas beliau lagi.

Bagaimanapun, Abang Johari yakin kos pengeluaran akan terus menurun dan menjadi sumber tenaga yang mampu bersaing daya maju.

“Menjelang masa hadapan, Sarawak menyasarkan menghasilkan 240,000 tan hidrogen setiap tahun menjelang 2027, dengan Jepun dan Korea sebagai pasaran utama,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, Sarawak akan menjadi hab seluruh wilayah sambil menekankan potensi inisiatif ini untuk menjana pendapatan tambahan Sarawak.

Related Posts

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan pelarasan perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi akibat konflik di Asia Barat, namun memberi jaminan perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diplomasi berhemah kunci Malaysia kekal hubungan dagang strategik

PENDEKATAN diplomasi berhemah yang diamalkan Malaysia menjadi faktor utama negara terus mengekalkan hubungan perdagangan strategik dengan Iran dan Rusia, meskipun berdepan tekanan geopolitik global. Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI