SKUAD Harimau Malaya menewaskan Laos 3-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Vientiane, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski mengekalkan rekod tanpa kalah dan terus mendahului kumpulan dengan sembilan mata penuh.
Kehilangan tujuh tonggak warisan yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak menjejaskan persembahan skuad negara yang tampil mempamerkan aksi bertenaga serta menguasai hampir keseluruhan perlawanan.
Pasukan kebangsaan negara membuka jaringan menerusi Arif Aiman yang bijak mengelecek pertahanan Laos sebelum melepaskan rembatan leret untuk membuka tirai jaringan negara pada separuh masa kedua.
Dion Cools menggandakan kedudukan pada minit ke-68 hasil hantaran cantik Corbin Ong sebelum pemain gantian, Faisal Halim meledak gol ketiga negara pada penghujung perlawanan.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan sekali lagi menentang Laos dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.








