Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

KUALA LUMPUR – Kebebasan bersuara yang diamalkan di Malaysia bukan satu lesen untuk mana-mana pihak menghina kesucian agama Islam serta menggugat kewibawaan institusi Raja-raja Melayu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keresahan orang Melayu Islam ketika ini semakin mendalam apabila kesucian Islam dan kewibawaan kedua institusi itu berulang kali disentuh secara terbuka.

Menurut beliau, kerangka perundangan sedia ada dalam mendepani isu penghinaan kepada agama dan memperlekeh institusi raja-raja, wajar dinilai semula supaya ia dapat diperkukuh sesuai dengan cabaran zaman.

“Apabila dua tiang seri ini diganggu, keresahan rakyat tidak boleh dianggap kecil. Ia mesti ditangani dengan tegas, adil, dan berhikmah agar maruah agama, institusi raja-raja, institusi negara, dan keharmonian nasional dapat terus terpelihara.

“Sebab itu sudah sampai ketikanya kita semua menilai semula kerangka perundangan
yang sedia ada agar dapat diperkukuhkan sesuai dengan cabaran-cabaran zaman sekarang,” katanya ketika merasmikan Musyawarah Nasional, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengasas Musyawarah Nasional berkata, erkara-perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam semuanya mengguris hati dan menimbulkan persoalan besar tentang nilai hormat terhadap asas negara.

“Kita tidak boleh terima ini! Kita mesti tolak imej-imej yang buruk ini. Ini bukan sekadar gurauan melampau, tetapi penghinaan terbuka terhadap institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kedaulatan negara.

“Kalaulah atas nama perpaduan, kalaulah atas nama kemajmukan, sila hormat agama Islam, sila hormat bangsa teras. Islam ialah agama Persekutuan. Raja-raja Melayu ialah payung kedaulatan,” katanya.

Mengulas pendidikan masa depan Melayu, beliau berkata, pendidikan masa depan tidak boleh sekadar melahirkan kelulusan tetapi harus melahirkan keupayaan, di mana anak muda Melayu mesti dibina dengan ilmu, kemahiran, daya cipta dan keyakinan untuk berdiri dalam ekonomi baharu.
“Realitinya, sekitar 35.8 peratus atau 1.96 juta graduan lepasan pendidikan tinggi bekerja dalam bidang separa mahir atau pekerjaan berkemahiran rendah yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka.

“Ini menunjukkan isu pendidikan bukan lagi sekadar akses kepada universiti, tetapi kesepadanan antara ilmu, kemahiran dan keperluan industri,” katanya.

Tambahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) semakin lemah sebagai ruang pembinaan negara bangsa dan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) terus membelenggu perdebatan pendidikan negara.

“Namun, di sebalik kegelisahan ini, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti tampil sebagai laluan baharu mobiliti sosial Melayu, bukan pilihan kedua, tetapi jalan utama melahirkan tenaga mahir, teknologis, usahawan dan pencipta nilai baharu negara,” katanya.

Related Posts

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

KUALA LUMPUR – Kedudukan orang Melayu dalam lakaran dunia akan semakin mengecik sekiranya budaya politik berteraskan emosi ini terus dibiarkan berleluasa di Malaysia yang merugikan bangas tersebut Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI