Harga barang naik bukan disebabkan kenaikan gaji

PUTRAJAYA – Kenaikan gaji bukanlah punca utama yang mempengaruhi peningkatan harga barang di Malaysia, namun permintaan dan penawaran barangan, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos pengeluaran serta inflasi yang menyumbang kepada fenomena itu.

Penganalisis ekonomi Universiti Geomatika Malaysia (UGM), Professor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, eksploitasi harga oleh peniaga juga turut memberi kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sehingga mewujudkan bebanan kepada pengguna.

Jelasnya, kesan domino yang berlaku disebabkan penyelarasan subsidi harga diesel menyebabkan industri dan peniaga mengambil kesempatan susulan kebanyakan sektor utama bergantung dengan bahan api tersebut untuk operasi harian.

“Itu saya kurang setuju sebab tiada kebenaran atau kajian ilmiah membuktikan kenaikan barang disebabkan kenaikan gaji walaupun mungkin ada kebenaran. Hakikatnya pelbagai punca lain yang menentukan harga barang bergerak naik mahupun turun.

“Gaji mungkin hanyalah salah satu faktor tetapi kalau nak kata punca harga barangan meningkat hanya berpaksikan gaji naik semata-mata, saya rasa pendapat itu tidak tepat dan saya kurang bersetuju,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan kenaikan harga barang yang sering dimomokkan berpunca daripada peningkatan kadar gaji di negara ini.

Kementerian Kewangan (MoF) pada pengumuman Belanjawan 2025 lalu, mengutarakan saiz belanjawan terbesar dalam sejarah, iaitu RM421 bilion bagi tahun ini.

Dalam menitikberatkan soal pendapatan rakyat, Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Mengulas lanjut, Abu Sofian menjelaskan, golongan peniaga seharusnya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan susulan kenaikan gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,700 bermula esok, selain penjawat awam yang telah menerima peningkatan kadar upah bermula Disember, tahun lalu.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan UGM berkata, peniaga tidak harus mengambil peluang dengan menaikkan harga barang sesuka hati dengan alasan untuk mengikuti trend kenaikan dasar semasa, seperti penyelarasan subsidi dan peningkatan gaji.

“Sepatutnya peniaga perlu ambil positif, apabila berlaku kenaikan, mereka perlu bersyukur sebab mereka yang alami kenaikan gaji memiliki pendapatan boleh guna, mereka ada lebihan untuk mereka berbelanja.

“Kenaikan gaji ini turut menyumbang dan membantu memperkasa ekonomi. Ini memberi tempias baik kepada peniaga, sama ada daripada pengilang sehingga ke peniaga kecil tapi mereka laksana sebaliknya. Inilah masanya nak naikkan keuntungan dan itulah pendapat yang kolot dan tamak. Cuba menangguk di air keruh,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Sofian berkata, kebergantungan negara yang tinggi terhadap barangan makanan import menyebabkan berlaku kejutan atau gangguan rantai bekalan yang akan menyumbang pada kenaikan harga barangan.

Sehubungan itu, katanya, keperluan melaksana pelbagai inisiatif seperti
peningkatan hasil pengeluaran bahan mentah negara melalui penggunaan teknologi moden dan pekerja mahir mampu menurunkan kos operasi serta menjamin harga barangan yang lebih rendah

“Penawaran barangan memainkan peranan misalnya sektor makanan dan bahan mentah banyak bergantung kepada kegiatan import, justeru apabila bekalan berkurangan, harga naik. Ia berbeza dengan import kenderaan kerana cukai direct (terus) kepada pengguna.

“Sebenarnya, untuk jangka panjang, kalau dinaikkan harga tidak berapa berkesan namun cuba tingkatkan kualiti produk dengan kekalkan harga sama, kemungkinan besar pengguna akan pergi membeli kepada syarikat itu berbanding lain.

“Malah, peniaga yang jual lebih mahal tidak akan mendapat keuntungan serta kurang permintaan sebab orang pilih yang murah, walaupun memiliki margin yang sama. Ini yang perlu difirkan bukan lihat di dasar, bila gaji naik harga minyak naik, barang pun nak dinaikkan,” katanya.

Related Posts

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kementerian Pendidikan (KPM) segera melaksanakan inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelewatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

KUCHING – Proton e.MAS Kuching Melinau EV hari ini melancarkan bilik pameran kereta eletrik (EV) pertama di pusat beli-belah Vivacity Megamall. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton e.MAS Kuching…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

ESSCOM pilih perkampungan jadi Kampung Angkat Madani

ESSCOM pilih perkampungan jadi Kampung Angkat Madani