Hanya Skuad Sabil anggota APM layak dapat elaun kerajaan

KUALA LUMPUR – Pimpinan Skuad Sabil tampil menangkis dakwaan kononnya pasukan sukarelawan UMNO itu diberi elaun oleh kerajaan.

Sebaliknya, menjelaskan insentif itu terhad kepada ahli menganggotai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Setiausahanya Mohd Razi Othman berkata, masih ramai keliru dan beranggapan elaun itu diberi kepada keseluruhan pasukan sehingga menimbulkan isu, terbaharu dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN).

Beliau menjelaskan hanya ahli menganggotai APM menerima elaun itu dan mereka diterima selepas menyertai latihan serta kursus wajib selama 16 jam disediakan APM.

“Untuk bertugas dalam misi bantuan bencana seperti banjir, anggota Skuad Sabil perlu melapor diri di pejabat APM terlebih dahulu.

“Hanya anggota memiliki nombor badan APM dan telah berkursus layak menerima elaun,” lapor FMT.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff dari PAS di Dewan Rakyat semalam yang menggesa pasukan sukarelawan partinya dikenali Jabatan Amal turut diberi elaun seperti Skuad Sabil dengan mengiktirafnya sebahagian ahli APM.

Dakwanya, pasukan diselia Pemuda PAS itu lebih berpengalaman dalam mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil.

Razi mengakui Jabatan Amal sebagai badan sukarelawan lebih berpengalaman namun mereka perlu mengikuti prosedur untuk menganggotai APM bagi membolehkannya menerima elaun.

“Ini penting bagi memastikan semua anggota mematuhi prosedur keselamatan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

  • By Fandi
  • January 16, 2026
PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN