Hanya PMX berani laksana penyasaran subsidi diesel walau diakui kerajaan BN, PN

SHAH ALAM – Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bukanlah idea baharu namun ia turut diperakui oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, keperluan untuk dilaksanakan demi pemerkasaan kedudukan ekonomi negara.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata,
hanya Kerajaan Perpaduan yang berani mengambil risiko melaksanakannya bagi mengurangkan ketirisan yang berlaku, walaupun ia tindakan tidak popular.

Menurut beliau, sekiranya langkah tersebut tidak diambil sekarang, ia akan melemahkan kedudukan fiskal negara sekaligus terpaksa dilaksanakan juga di masa akan datang.

“Penyasaran subsidi (diesel) ini, bukan sahaja dipersetujui secara prinsip oleh kerajaan hari ini, Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin  turut menekankan kepentingan penyasaran subsidi namun hanya kita yang berani.

“Perdana Menteri harus lakukan demi kebertanggungjawaban untuk pastikan kita dapat selamatkan kedudukan ekonomi dan pulihkan kedudukan fiskal negara. Perkara ini sedang dilaksanakan secara terperinci oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam Wacana Sinar yang bertajuk Subsidi Diesel:  Siapa Untung Siapa Rugi, hari ini.

Terdahulu, Najib ketika menjadi Perdana Menteri pada 2017 menegaskan Kerajaan BN berhasrat menukar polisi subsidi pukal kepada bersasar kerana terdapat banyak ketirisan berlaku.

Manakala Muhyiddin pada 2022 menegaskan kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 bilion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar.

Dalam pada itu, Muhammad Kamil berkata, kerajaan dahulu setiap tahun berbelanja hampir RM80 bilion untuk subsidi diesel tetapi yang menikmatinya termasuk 3.8 juta pekerja dan warga asing yang tidak membayar dan mereka yang kaya raya.

Selain itu, menurut beliau, setiap hari lebih tiga juta liter diesel subsidi diseludup keluar oleh sindiket-sindiket, menyebabkan negara menanggung kerugian lebih RM2 bilion setahun.

“Apabila kita sasarkan penjimatan RM4 bilion setahun daripada penyasaran subsidi diesel ini, duit itu kerajaan akan pakai untuk berikan bantuan kepada rakyat dan membina kemudahan asas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup orang ramai.

“Apa makna kita jadi pemimpin jika hanya mahu kekal popular sehingga sanggup menggadaikan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang. Ini keputusan lama (kerajaan terdahulu) cuma tiada tekad politik daripada pemimpin atau Perdana Menteri sebelum ini.

“Mereka tahu ini perkiraan politik tiada keuntungan diperoleh dari sudut politik jika dasar ini dilaksanakan namun atas sikap dan rasa tanggungjawab kita untuk pulihkan negara pada masa jangka panjang dan genrasi akan datang maka, keberanian dari sudut itu kita perlu lakukan dan alhamdulillah Perdana Menteri ambil langkah yang tidak mudah dilaksana,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori