Hanya 0.4 peratus hadiri Himpunan Turun Anwar, pembangkang perlu tekan ‘butang kecemasan’

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen menyifatkan kehadiran rendah dalam Himpunan Turun Anwar yang diadakan baru-baru ini sebagai petanda jelas bahawa Perikatan Nasional (PN), kini berada dalam keadaan cemas serta perlu menekan ‘butang kecemasan’ bagi menilai semula kekuatan sokongan mereka.

Raggie berkata, berdasarkan anggaran pelbagai sumber termasuk pemerhatian sendiri serta maklumat daripada pasukan risikan dan polis, hanya sekitar 20,000 hingga 21,000 orang telah menyertai perhimpunan tersebut.

Jumlah ini, katanya, mewakili hanya 0.4 peratus daripada keseluruhan 4.3 juta pengundi yang memilih PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau benar rakyat terdesak dan mahu Perdana Menteri diturunkan, angka ini terlalu kecil untuk menggambarkan gelombang besar seperti yang dicanang oleh pihak penganjur. Perhimpunan yang mendakwa rakyat telah tersepit dan kerajaan perlu ditumbangkan tidak wajar sekadar dihadiri oleh kurang satu peratus penyokong sendiri,” katanya dalam satu siaran langsung di media sosial.

Mengulas lanjut, beliau membandingkan perhimpunan tersebut dengan demonstrasi besar-besaran sebelum ini seperti perhimpunan menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak yang dianggarkan mengumpulkan sekitar 200 000 orang, sekali gus mencerminkan perbezaan besar dari segi impak dan kekuatan mobilisasi massa.

Menurut Raggie, pendekatan untuk menghitung kehadiran melalui kaedah grid visual membolehkan anggaran yang lebih realistik dibuat, sekali gus menolak naratif yang dibina berdasarkan angka-angka yang didakwa berlebihan oleh pihak tertentu.

“Pas dan PN sepatutnya mampu menggerakkan jumlah yang jauh lebih besar, apatah lagi jika benar rakyat sedang menderita. Hakikatnya, majoriti yang hadir adalah golongan berumur 45 tahun ke atas, bukan golongan muda yang seharusnya menjadi tulang belakang menjelang PRU16,” tegas beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa data demografi terkini menunjukkan pengundi muda berumur 39 tahun ke bawah kini mewakili hampir 50 peratus pengundi.

Namun, ketiadaan penyertaan aktif golongan ini dalam himpunan tersebut menunjukkan kegagalan pembangkang untuk menawan sokongan generasi baharu.

“Semalam pembangkang bukan sahaja gagal menggerakkan sokongan massa, malah telah mendedahkan kelemahan sebenar mereka kepada kerajaan. Ini petanda bahawa Pas dan PN tidak berada dalam kedudukan yang kuat menjelang PRU akan datang,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyentuh perbandingan dengan perhimpunan anjuran beliau sendiri suatu ketika dahulu, termasuk semasa perhimpunan ICERD di Sogo yang menurutnya berjaya menarik kehadiran berpuluh ribu orang dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk UMNO dan Pas.

“Kalau kami dahulu, dengan tema yang kurang dramatik pun boleh tarik dua hingga tiga kali ganda jumlah peserta berbanding perhimpunan Turun Anwar semalam. Sedangkan kali ini, dengan tema ‘kerajaan gagal’, jumlah yang turun lebih kecil,” katanya.

Tambah beliau, kehadiran pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina, juga sangat minimum, yang sekali gus menunjukkan Pas dan PN belum berjaya menembusi segmen pengundi yang lebih luas di luar kelompok tradisi mereka.

“Kalau sekadar 50 atau 100 orang Cina hadir, itu bukan indikator sokongan. Untuk membuktikan rakyat benar-benar bersama pembangkang, sepatutnya kita lihat kehadiran beribu-ribu dari pelbagai kaum,” katanya.

Raggie menegaskan bahawa perhimpunan ini bukanlah satu gerakan spontan berdasarkan kegagalan kerajaan mutakhir ini, sebaliknya merupakan lanjutan daripada misi pembangkang sejak selepas PRU15 untuk merampas semula kuasa yang gagal diperoleh secara sah.

“Tindakan meminta Perdana Menteri meletak jawatan adalah jelas satu usaha untuk menumbangkan kerajaan. Hakikatnya, misi itu telah lama diumumkan oleh pimpinan pembangkang, dan bukan semata-mata berasaskan keadaan rakyat,” ujarnya.

Dalam nada sinis, beliau berkata, kegagalan perhimpunan ini mungkin akan membuka ruang kepada kerajaan untuk mengatur perhimpunan balas yang lebih besar, sekali gus memberi keyakinan kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan pembubaran Parlimen lebih awal bagi mengadakan PRU16.

“Saya percaya selepas ini, Anwar akan lebih yakin untuk mengadakan perhimpunan Madani sebagai respons kepada kelemahan mobilisasi Pas. Semalam menunjukkan dengan jelas siapa yang sebenarnya cemas,” katanya.

Justeru, beliau kini lebih percaya kepada kemampuan UMNO sebagai benteng terakhir mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara berbanding pembangkang yang, menurutnya, semakin hilang arah serta bergelumang dengan retorik dan penipuan kepada penyokong sendiri.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA