Greece, Turkiye dilanda kebakaran hutan

ATHENS – Greece terus bergelut memadamkan lima kebakaran hutan besar di negara itu ketika suhu ekstrem mencecah 44°C, dengan amaran bahawa keadaan berisiko tinggi akan berlanjutan.

Pasukan bomba kini menumpukan usaha di pulau Kythira dan Evia yang paling terjejas.

Jurucakap bomba Greece, Vasilios Vathrakoyannis berkata, keadaan bertambah baik selepas ‘pertempuran sepanjang malam’, namun risiko kebakaran baharu pada Ahad masih ‘amat berbahaya’.

Di Kythira, api merebak pantas dari kampung Pitsinades dan dianggarkan 20 peratus kawasan pulau telah terjejas.

Amaran pemindahan baharu dikeluarkan kepada penduduk beberapa kampung dengan helikopter dan pesawat pemadam api dikerahkan untuk menangani nyalaan semula.

Di Evia, kebakaran berhampiran Pissona dilaporkan ‘di luar kawalan’ menyebabkan enam anggota bomba dimasukkan ke hospital akibat lecur dan penyedutan asap, serta beberapa kampung terputus bekalan elektrik. Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, angin kencang terus menimbulkan risiko nyalaan semula.

Satu lagi kebakaran besar berlaku di Messinia, kawasan Polithea yang merosakkan rumah dan tanah pertanian.

Seramai 100 anggota bomba dikerahkan ke kawasan itu manakala 67 anggota bertugas di Kythira.

Di wilayah Attica, kebakaran bermula di Afidnes dan merebak ke Drosopigi, Kryoneri dan Agios Stefanos sehingg memaksa penduduk melarikan diri.

Walaupun kebakaran utama telah dikawal, titik panas masih aktif dan bau kayu terbakar dapat dihidu sejauh pusat bandar Athens.

Greece telah meminta bantuan daripada Mekanisme Perlindungan Awam EU termasuk enam pesawat pemadam api, selepas menteri krisis iklim, Giannis Kefalogiannis, mengesahkan bahawa nyawa, harta benda dan kawasan hutan telah terjejas teruk.

Sementara itu, Turkiye mencatat suhu tertinggi dalam sejarah negara iaitu 50.5°C di bandar Silopi, mengatasi rekod sebelumnya 49.5°C.

Menteri Perhutanan, Ibrahim Yumakli menyatakan bahawa kawasan terjejas sedang melalui ‘masa berisiko tinggi’ dan kebakaran dijangka mengambil masa beberapa hari untuk dikawal sepenuhnya.

Kebakaran di Karabuk telah berlanjutan selama empat hari manakala 10 orang maut ketika memadamkan api di Eskisehir.

Beberapa kawasan seperti Cesme telah mengenakan sekatan penggunaan air.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda