Program Kesedaran Denggi dan Kebakaran di Kabong terus diperhebat

KABONG – Usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya denggi dan risiko kebakaran terus diperkasa apabila Program Kesedaran Denggi dan Bomba Bersama Komuniti anjuran Majlis Daerah Saratok berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada Ahad.

Program tersebut diadakan bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat setempat terhadap risiko penularan denggi dan langkah-langkah pencegahannya, khususnya melalui penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan penjagaan kebersihan persekitaran.

Selain itu, program turut memberi pendedahan berkaitan keselamatan kebakaran, termasuk peranan komuniti sebelum, semasa dan selepas berlakunya insiden kebakaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, menyeru agar semua pihak, termasuk ketua kaum, ketua masyarakat dan penduduk kampung, memainkan peranan aktif dalam usaha memperkukuh budaya pencegahan.

“Pendedahan mengenai bahaya denggi dan keselamatan kebakaran perlu sampai ke peringkat akar umbi. Ini bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata, tetapi perlu digalas bersama oleh seluruh komuniti demi kesejahteraan bersama,” katanya semasa berucap merasmikan program tersebut.

Beliau turut memuji usaha Majlis Daerah Saratok kerana berjaya menganjurkan program yang bersifat mendidik serta berupaya meningkatkan tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap isu kesihatan awam dan keselamatan.

Sebagai tanda sokongan kepada inisiatif komuniti, Dato Mohd Chee Kadir turut menyampaikan Geran Khas Kerajaan Sarawak berjumlah RM10,000 kepada Kelab Sosial Kebajikan dan Rekreasi Majlis Daerah Saratok (MARKAS) bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kelab sepanjang tahun.

Related Posts

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

KEMAMAN — Inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan elaun bulanan sebanyak RM250 kepada pelajar Tingkatan 6 disambut baik terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar. Pelajar Tingkatan 6 yang juga Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan