Hampir 3,000 pembeli serbu Jualan Termurah Madani Port Dickson

MEMAHAMI denyut nadi rakyat, Kerajaan Madani meneruskan inisiatif Jualan Termurah Madani dan Jualan Rahmah Madani bagi meringankan kos sara hidup.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, program ini membuka peluang kepada rakyat di negeri itu, khususnya masyarakat Port Dickson.

Aminuddin berkata, pembeli yang hadir juga menyuarakan hasrat agar program berkenaan akan diadakan lagi pada masa akan datang berikutan tawaran harga menarik dan sambutan yang dari semua pihak.

“Terima kasih kepada pihak Task Force Pemantauan Kluster Makanan (Naccol) kerana telah memberi ruang kepada penduduk Port Dickson untuk membeli barangan dengan harga berpatutan. Dan saya harap dapat diteruskan program ini insya-Allah.

“Pembeli semua gembira dan mereka juga meminta agar program seperti ini dijalankan lagi,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Gelanggang Petanque, Batu 1 Port Dickson hari ini.

Turut hadir bersama Menteri Besar ialah Barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kehadiran pengunjung bagi program ini amat memberangsangkan dengan anggaran seramai 3,000 orang pengunjung dan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 hari.

Barangan jualan juga ditawarkan dengan harga berpatutan dengan sebanyak 15 tan barangan basah dan kering disediakan.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, Task Force Pemantauan Kluster Makanan (Naccol), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Pejabat Daerah Port Dickson dan Jabatan Penerangan.

Dalam pada itu, pengunjung yang hadir meluahkan rasa gembira dan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang berpatutan.

Mereka juga menyifatkan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini serba sedikit membantu meringankan beban dalam menangani kos sara hidup.

Suri rumah, Aziyan Deraman, 65, dari Teluk Kemang berkata, dia mampu berjimat membeli barangan yang ditawarkan dan berharap program ini dapat diadakan lagi pada waktu akan datang.

“Inisiatif ini boleh menjimatkan perbelanjaan, semua baik Alhamdulillah.

“Jika program ini dapat diadakan sebulan sekali di sekitar Port Dickson pun bagus juga, boleh berjimat. Dalam pada yang sama, boleh menyimpan duit,” katanya.

Bagi Norsiah Derani, 59, yang datang seawal jam 8 pagi juga bersependapat agar ia dapat terus dilaksanakan demi kebaikan rakyat.

“Program begini bagus, saya harap boleh adakan lagi dan memang banyak penjimatan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana meringankan beban rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

MIRI – Hasrat seorang peniaga wanita untuk meraih keuntungan segera lebur apabila dia kerugian RM281,700 akibat terjerat dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

KUCHING – Kebajikan dan keselamatan pekerja sektor ekonomi gig, khususnya pemandu e-hailing di Sarawak kini mendapat perhatian serius menerusi pengenalan jaringan perlindungan insurans yang dirangka khusus untuk golongan tersebut. Langkah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

Saratok bakal miliki gelanggang tinju baharu, fokus lahirkan bakat muda

Saratok bakal miliki gelanggang tinju baharu, fokus lahirkan bakat muda