Kuskop optimis capai KPI 2024

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick yakin kementeriannya dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi tahun 2024.

Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan semangat kerja berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga kementerian serta agensi-agensi di bawahnya.

“Saya nyatakan rasa bangga kerana pasukan Kuskop ‘is a ministry that always made it happen’ warga kerja Kuskop sentiasa mencari jalan untuk menjayakan inisiatif yang telah dirancang, terutama yang baharu.

“Pencapaian ini bukan hanya melalui KPI tetapi juga berdasarkan testimoni kejayaan pemegang taruh Kuskop termasuklah laporan prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara.

“Banyak kejayaan dicapai yang memberi manfaat kepada negara serta pemegang taruh kementerian, terutamanya PMKS serta koperasi,” beliau berkata demikian semasa menyempurnakan penutupan Retreat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) – Perancangan Strategik Tahun 2025, di sini, pada Jumaat.

Ewon juga melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Kuskop dalam tempoh dua tahun terakhir di bawah kepimpinannya, banyak kejayaan dicapai dalam usaha memajukan usahawan dan koperasi di negara ini.

Namun, beliau berharap agar warga kementerian dan agensi-agensi terus berpegang pada prinsip pertimbangan akal budi dalam melaksanakan tugas mereka.

“Kita harus sentiasa bertindak dengan semangat ‘we must facilitate, not to frustrate, not to frustrate and we do the right things the right way’.

“Sambil menguatkuasakan perundangan, kita juga perlu mencari jalan untuk mempermudah urusan para usahawan,” tambahnya.

Setakat ini, lima daripada enam KPI yang ditetapkan kementerian untuk tahun 2024 telah mencapai sasaran dengan pencapaian 100 peratus bagi tempoh Januari hingga awal Disember.

Dari 204 program yang dirancang sepanjang tahun ini, 185 telah dilaksanakan sementara 19 lagi masih dalam fasa pelaksanaan dan dijangka selesai pada akhir Disember 2024.

Kuskop juga berjaya mencapai 89.9 peratus KPI 2024 pada 5 Disember dan yakin dapat mencapai 93 peratus menjelang hujung tahun ini.

Berdasarkan pencapaian tersebut, Ewon optimis bahawa perancangan strategik Kuskop bagi tahun 2025 akan dijayakan dengan jayanya, seperti yang dicapai pada tahun ini dan tahun sebelumnya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam