Diplomasi pertahanan jamin keselamatan, keamanan negara

PUTRAJAYA – Kedaulatan dan keselamatan sesebuah negara pada zaman berteknologi tinggi ini tidak semestinya bergantung kepada negara berkenaan semata-mata, namun memerlukan kerjasama antarabangsa.

Ini kerana faktor keselamatan dan keamanan masa kini berada dalam kawasan lebih besar dan bukan dalam lingkungan sesebuah negara itu sahaja.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, diplomasi pertahanan seperti perbincangan secara global dan rundingan semeja adalah kunci dalam memastikan keamanan dan keselamatan mana-mana negara ini terus terpelihara.

“Sebagai contoh penganjuran sesi Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024, memberi ruang kepada mana-mana negara untuk mengetengahkan cabaran yang dihadapi mereka.

“Cabaran atau masalah serta risiko dihadapi akan dibawa ketengah untuk dibincangkan secara bersama berdasarkan pengalaman masing-masing.

“Di samping itu, pertemuan melalui setiap persidangan pertahanan dianjurkan juga berupaya memastikan diplomasi pertahanan dijayakan,” katanya selepas hari pertama sesi SDD 2024, di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo, berucap pada sesi dialog – yang bermula hari ini – dan disertai lapan menteri serta 900 delegasi dan perwakilan yang mewakili 64 negara.

Mohamed Khaled berkata, diplomasi pertahanan sememangnya satu pendekatan yang dibuat atau diamalkan dalam usaha menjaga keamanan serta memastikan sesebuah negara itu dihormati kawan dan juga lawan.

“Dalam soal untuk menjaga keamanan dan dalam soal untuk memastikan wujudnya kehormatan bagi mana-mana negara, hubungan dengan negara-negara bersahabat itu sangat penting.

“Bukan hanya akan membantu dalam keadaan situasi berkaitan keamanan, malah akan membantu apabila situasi terjadinya konflik dan perkara-perkara lain,” katanya.

Related Posts

Bas IPT, sekolah asrama perlu patuh pemakaian tali pinggang keledar

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar kepada bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh (SBP). Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat kawasan rekod IPU tidak sihat

PUTRAJAYA – Empat kawasan dengan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Selangor, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi tadi. Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET