Hadiah merdeka Tang Jie-Ee Wei

PUTRAJAYA – Semangat Hari Merdeka nyata dibawa dalam jiwa beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila melakar gelaran sulung mereka bagi musim 2024 di Terbuka Korea yang berstatus Super 500, hari ini.

Tang Jie-Ee Wei diberikan tentangan sengit oleh beregu China di ranking ke-241 dunia, Guo Xin Wa-Li Qian sebelum menewaskan lawan dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-13.

Di set pertama, Xin Wa-Qian yang kembali digandingkan bersama selepas Mac lalu, mempamerkan aksi cukup bertenaga, meninggalkan jauh Tang Jie-Ee Wei sebelum melakar kemenangan 21-17.

Tersentak dengan kekalahan itu, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan kebangkitan seawal set kedua dengan mendahului perlawanan sebelum Xin Wa-Qian kembali mengejar kedudukan.

Beregu negara berjaya mengekalkan fokus mereka dan terus mengutip mata dengan satu ketika berada 10 mata di hadapan sebelum memenangi set kedua, 21-13.

Kemenangan itu mengheret perlawanan ke set penentuan dengan Tang Jie-Ee Wei yang kali terakhir melakar kejuaraan di Terbuka Taiwan tahun lalu dilihat seakan sudah menemui corak permainan sebenar mereka.

Tang Jie-Ee Wei mendahului set penentuan biarpun Xin Wa-Qian terus mencuba mencari kelemahan beregu negara sehingga ke pertengahan permainan sebelum bangkit mengasak untuk melakar kemenangan 21-13.

Pentas final ini adalah yang ketiga buat Tang Jie-Ee Wei bagi musim ini selepas meraih dua gelaran naib juara di kejohanan berstatus Super 300 di Terbuka Switzerland pada Mac dan Masters Thailand (Februari).

Selaku juara, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang AS$33,180 (RM142,953) manakala Xin Wa-Qian meraih AS$15,960 (RM68,762).

Related Posts

Salah mungkin berhijrah ke Liga Pro Saudi

PENYERANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan kekal berada dalam radar kelab-kelab Liga Pro Saudi walaupun berdepan kemerosotan prestasi bersama The Reds musim ini. Salah sebelum ini menolak tawaran £500 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Atlet Pahang terima insentif IM Pahang

SERAMAI 844 atlet yang aktif di Pahang menerima insentif menerusi Inisiatif Makmur Pahang (Kluster Atlet Makmur) tahun ini. Insentif itu adalah antara usaha kerajaan Pahang dan Majlis Sukan Pahang (MSP)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

  • By Fatin
  • December 5, 2025
Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam