GRS tetap sokong kepimpinan Anwar Ibrahim – Hajiji

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden GRS berkata, kepimpinan Anwar adalah kerajaan yang mendengar suara dan melayan Sabah dengan baik.

“Pimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, mendengar suara kita dan kita dilayan sebaiknya.

“Oleh itu, saya ingin mengatakan sekali lagi bahawa GRS tetap menyokong YAB Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya sempena Persidangan Agung Tahunan 2025 Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Jelasnya, banyak inisiatif dan tuntutan dalam MA63 yang diluluskan oleh Anwar Ibrahim.

“Sebelum itu, amat sukar untuk mereka turunkan kuasa ataupun luluskan permintaan, jadi apa yang kita harapkan kalau Kerajaan Perpaduan ini baik untuk negeri kita kenapa tidak kita sokong Kerajaan Perpaduan ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar ahli-ahli PGRS dan GRS agar sentiasa bersatu hati.

“Sabah ini adalah tanah air kita, insya-Allah Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 akan dilaksanakan mula tahun hadapan,” tambahnya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat