GRS, rakyat Sulabayan sepakat mahu masa depan lebih makmur – Hajan

KOTA KINABALU — Ketua GRS Bahagian Sulabayan, Datuk Abd Hajan Gurimbang menegaskan bahawa masa depan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di DUN Sulabayan hanya dapat dijamin sekiranya kawasan itu terus bernaung di bawah kerajaan negeri yang memerintah.

Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysia Press, beliau menyeru penduduk di kawasan itu khususnya di Pulau Bum Bum agar berpaut kepada kerajaan, bukan semata-mata kepada parti atau individu.

“Kalau nak pembangunan, nak perubahan dan kestabilan, kita mesti berpaut dalam kerajaan. Hanya kerajaan yang boleh membangunkan kawasan seperti Sulabayan,” tegasnya.

Anak jati Pulau Bum Bum itu menjelaskan bahawa sejarah politik Sulabayan menyaksikan silih berganti pemerintahan — daripada PBS kepada Barisan Nasional, dan kemudiannya Warisan — namun terdapat banyak yang belum sempat diselesaikan.

Menurutnya, kini menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kesinambungan pembangunan diteruskan menerusi pendekatan yang lebih realistik dan berasaskan keperluan tempatan.

Dalam pelan pembangunan setempat, Abd Hajan menggariskan tujuh fokus utama untuk memacu pembangunan di Sulabayan, antaranya infrastruktur, pendidikan, pentadbiran daerah dan pelancongan.

Beliau mengakui rancangan pembinaan jambatan ke tanah besar yang sebelum ini diumumkan tidak dapat diteruskan oleh kerajaan terdahulu, namun pelan alternatif telah dirangka.

“Kalau sebelum ini jambatan hanya tinggal janji dan gurauan politik, saya merancang pelan B – menyediakan perkhidmatan feri tetap sebagai gantian,” katanya.

Dalam usaha memartabatkan Pulau Bum Bum sebagai pusat pentadbiran kecil, beliau mencadangkan penubuhan Pentadbiran Daerah Kecil Pulau Bum Bum, bagi menyusun sistem pentadbiran, kemudahan masyarakat dan hasil pendapatan tempatan secara lebih berkesan.

Isu penghijrahan anak muda disebabkan kekangan hidup dan pendidikan juga menjadi keutamaan bagi Hajan di kawasan berkenaan.

“Kemudahan pendidikan di Pulau Bum Bum masih tidak memadai. Kita perlu sediakan laluan kepada generasi muda untuk keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menekankan pentingnya mengaktifkan dan memanfaatkan tanah-tanah terbiar dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Pertanian, RISDA, FELCRA dan LPP.

Beliau turut menyentuh potensi pelancongan tinggi yang dimiliki Pulau Bumbum dan kawasan sekitar, termasuk keindahan laut, budaya masyarakat tempatan serta daya tarikan pelancong luar negara seperti dari China dan Eropah.

“Kita ada Sipadan, kita ada Marina dan potensi pelancongan maritim. Ini semua adalah aset negara,” ujarnya.

Menutup wawancara, Datuk Hajan menyeru rakyat Sulabayan, khususnya anak muda, agar terus setia kepada pemerintah dan bersama-sama memacu kawasan itu ke arah yang lebih baik.

“Sulabayan ini unik. Dari segi budaya, masyarakat, dan sumber asli, tiada daerah lain yang mampu menandingi. Saya mahu cuma satu – peluang untuk buktikan bahawa anak tempatan juga mampu membangunkan tanah tumpah darah sendiri,” tegasnya.

Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dijangka menjadi penentu utama halatuju politik dan pembangunan kawasan-kawasan luar bandar seperti Sulabayan yang kaya dengan potensi tetapi masih memerlukan lonjakan dasar dan pelaksanaan yang cekap.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap