GRO ditahan bersama lebih 200kg methamphetamine bernilai RM8.7 juta

NILAI – Seorang wanita tempatan berusia 35 tahun ditahan bersama 273.7 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM8.7 juta di Bandar Puteri Puchong, Selangor, pada 5 Julai.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Ribuan Abdullah berkata, sepasukan anggota Kastam, menemukan 13 guni berisi 268 bungkusan berlabel teh cina yang mengandungi dadah tersebut di dalam kereta jenis Hyundai Starex, dipandu oleh wanita terbabit.

“Suspek yang berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di kelab hiburan, dipercayai menyewa kenderaan tersebut dari utara.

“Sindiket memperoleh dadah itu dari negara jiran, dibawa ke Lembah Klang melalui jalan darat dengan menyembunyikan barang tersebut di dalam guni,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Ribuan berkata, berdasarkan berat rampasan dadah itu, lebih 1.3 juta individu dapat diselamatkan daripada penyalagunaan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta sebat tidak kurang 12 sebatan.

Related Posts

Isu Petronas-PETROS selesai, Sarawak rakam penghargaan kepada PM Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan atas kejayaan menyelesaikan isu berhubung penglibatan Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan, Sarawak capai persetujuan, Petronas kekal peranan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg menandatangani satu deklarasi bersama bersejarah yang membuka lembaran baharu kerjasama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau