Tiga ditahan, Albertine Leo belum ditemui

JOHOR BAHRU – Tiga individu ditahan termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, ketiga-tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, jam 1.30 petang semalam.

“Tangkapan telah dibuat terhadap dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Isnin.

Kumar berkata, kes kehilangan kanak-kanak itu juga sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Polis Johor mengesahkan bahawa kita telah mengklasifikasikan semula laporan polis yang diterima mengenai kes kehilangan itu kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan ketiga-tiga individu itu akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Katanya, kanak-kanak itu juga setakat ini masih belum ditemui.

Pada masa sama, Kumar turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian Bilik Gerakan 07-2212999,” katanya.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Kumarasan berkata, kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Related Posts

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan tidak mengambil kira kepentingan negara-negara kecil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM tegas terhadap taska tidak berdaftar, lindungi hak kanak-kanak

KOTA KINABALU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan usaha dalam memperkasa lebih banyak taska yang berdaftar bagi melindungi hak kanak-kanak di Malaysia khususnya di Sabah. Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment