Gesaan letak jawatan sekadar publisiti politik

KOTA KINABALU – Pelbagai gesaan dan kecaman yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin parti politik Sabah terhadap isu-isu semasa dilihat tidak lebih daripada usaha untuk meraih publisiti politik.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Abdul Rahman Md Yakub berkata, pemimpin-pemimpin yang lantang mengkritik dan membuat tuntutan meletak jawatan perlu bertanya pada diri sendiri sama ada mereka betul-betul bersih dan berintegriti.

“Apakah mereka suci dan bersih sepenuhnya? Jika tidak, apa maknanya bersuara bagaikan seorang juara yang mendukung integriti?” soal beliau menerusi kenyataannya di sini pada Rabu.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa siasatan yang telus dan adil akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa sebarang campur tangan dan sebarang tindakan hanya akan dibuat berdasarkan hasil siasatan tersebut.

Katanya, tindakan segelintir pihak yang terus mendesak dan membuat tuduhan bertubi-tubi menimbulkan persoalan dan ada yang menganggap tindakan itu sebagai kurang menghormati serta tidak yakin terhadap kewibawaan Perdana Menteri.

“Mereka seolah-olah mempertikaikan Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perpaduan walaupun mereka sendiri menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan tersebut.

“Saya menasihati dan menyeru para pemimpin Kerajaan Perpaduan agar lebih memahami dan menghayati Konsep Madani yang menjadi teras dalam kepimpinan negara,” katanya lagi.

Jelas Rahman, dua prinsip utama, iaitu hormat dan keyakinan perlu diutamakan dalam mengukuhkan perpaduan dan kestabilan politik negara.

Kata beliau, dalam konteks ini, kegagalan memahami konsep Madani dianggap menjadi punca kepada ketegangan yang berlaku dalam kalangan pemimpin politik hari ini.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda