Syed Saddiq dicabar buktikan larian 200km Muar-Putrajaya

SELEPAS statusnya dalam 113 Triatlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor pada Sabtu lalu ditukar kepada DNF (did not finish), Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, digesa untuk membuktikan larian 200km yang dilakukannya dari Muar ke Putrajaya.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengakui terdapat khilaf sehingga kedudukannya di tempat ketiga perlumbaan itu terpaksa ditarik balik dan diberikan status DNF.

Bagaimanapun, keadaaan itu masih belum dapat meredakan hati peminat sukan tempatan, khususnya komuniti triatlon, yang mahukannya turut memberikan butiran Strava lariannya dari Muar ke Putrajaya, lapor portal Stadium Astro.

Sebelum ini, Syed Saddiq melakukan larian solo sejauh 200 kilometer demi mengutip dana bagi Pusat Khidmat Muar, yang diperlukan untuk menggerakkan operasi bagi membantu rakyat.

Beliau dilaporkan mengumpulkan lebih dari RM160,000 daripada inisiatif berkenaan.

Related Posts

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎