Gaza menderita kelaparan, dunia diam tanpa tindakan – PBB

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai penderitaan yang dialami rakyat Palestin di utara Gaza ketika ini yang berada dalam keadaan hidup yang ‘mati’ dan bergelut dengan kelaparan luar biasa sementara ‘dunia hanya melihat’.

“Sejak sebulan lalu, rakyat di Gaza Utara hidup di bawah kepungan yang dahsyat lagi kejam,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric dalam sidang akhbar, menyampaikan mesej Pemangku Timbalan Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Kemanusiaan, Joyce Msuya, lapor Anadolu.

“Operasi darat tentera Israel telah meninggalkan rakyat Palestin tanpa keperluan asas untuk terus hidup, memaksa mereka melarikan diri beberapa kali demi menyelamatkan diri, serta memutuskan laluan pelarian dan bekalan mereka,” menurut mesej daripada Msuya.

Beliau menegaskan bahawa ‘keadaan hidup sangat berbahaya’ di utara Gaza, malah orang awam di sana terus-terusan menjadi mangsa kepada kelaparan sementara dunia hanya melihat, kekejaman ini mesti dihentikan.

Dujarric berkata, sebanyak 1,000 buah rumah rakyat Palestin telah dimusnahkan di Tebing Barat yang diduduki dan di Baitulmaqdis Timur tahun ini.

Kemusnahan tersebut telah menyebabkan lebih daripada 1,100 orang kehilangan tempat tinggal, dengan 40 peratus daripadanya berasal dari Baitulmaqdis Timur.

Setakat 6 November, angka kematian di Palestin akibat serangan berterusan Israel sejak Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 43,391 kematian, 102,347 kecederaan, majoritinya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak manakala puluhan ribu lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’