GATES24 pastikan Malaysia bergerak maju dalam pertanian global – Jeffrey

KOTA KINABALU – Global AgriTech Summit Malaysia 2024 (GATES24) bakal berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober depan adalah usaha penting dalam memastikan Malaysia terus bergerak maju dalam pertanian global.

Menurut Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, program ini adalah selaras dengan komitmen Kementerian untuk mempromosikan sektor pertanian yang bertenaga, moden, produktif dan mampan.

“Penglibatan antarabangsa seperti ini adalah penting dalam memastikan Malaysia berada di barisan hadapan dalam inovasi pertanian global dengan petani tempatan dan pihak berkepentingan mempunyai akses kepada inovasi terkini untuk meningkatkan produktiviti mereka sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya menerusi sidang media Global AgriTech Summit 2024 (GATES24) anjuran My Events International di Eco-Yap Farm, pada Rabu.

Jeffrey berkata, cabaran yang dihadapi dalam bidang pertanian bukan hanya di Sabah atau Malaysia tetapi ia adalah isu global yang memerlukan usaha bersepadu dan visi bersama.

Justeru itu, tambahnya, GATES24 yang merupakan acara penting bagi industri pertanian diadakan kerana dapat menawarkan peluang unik kepada pihak berkepentingan untuk berkumpul, bertukar idea dan membentuk masa depan pertanian global.

Jelas beliau, GATES24 yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dijangka menghimpunkan pemain utama dari sektor pertanian, termasuk pemimpin pemikiran, para inovator dan pakar industri dari seluruh dunia untuk meneroka kemajuan dan inovasi terkini dalam AgriTech yang membentuk masa depan pertanian.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi