62 rumah setinggan di penempatan haram dirobohkan

KOTA KINABALU – Sebanyak 62 buah rumah dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di sebuah penempatan haram, di sini, pada Rabu.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, memaklumkan dalam operasi tersebut pihaknya mendapati rumah-rumah setinggan telah dibina secara haram di samping tidak memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

“Perobohan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan penempatan haram, tetapi juga untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar.

“Operasi ini akan tetap diteruskan untuk masa akan datang sebagai usaha membenteras jenayah seperti pendatang tanpa izin (PATI), dadah dan gejala sosial di Kota Kinabalu.

“Pihak polis amat komited dalam memastikan daerah ini bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti yang tidak sah,” katanya dalam kenyataan itu pada Khamis.

Operasi berkenaan dilaksanakan oleh pasukan polis IPD Kota Kinabalu melibatkan kerjasama daripada pelbagai agensi lain.

Antara yang terlibat termasuklah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Related Posts

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan menetapkan sebarang pembangunan penternakan babi di Selangor hanya boleh dipertimbangkan di kawasan baharu yang terletak jauh daripada penempatan penduduk serta sumber air kritikal, bagi memastikan isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

SEREMBAN – Pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan disifatkan tidak memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Pakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat