G57 buat laporan polis terhadap Hamzah kerana hina orang Sabah ‘palui’

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) dan ahli-ahli Gabungan Gerakan Bangkit Sabahan buat laporan polis di seluruh Sabah terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengungkapkan perkataan ‘palui’ terhadap rakyat Sabah.

Menurut Pengerusi GK7, Datuk Zulkarnain Mahdar, perkataan itu tidak sepatutnya diucapkan kerana ia adalah bersifat biadap dan kurang ajar.

“Perkataan ‘palui’ atau ‘bodoh’ tersebut mungkin ditujukan khas kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

“Tetapi prinsip majoriti rakyat Sabah siapa sahaja individu yang dimaki atau dihina oleh orang luar dari Sabah ini akan menyebabkan solidariti kami ke atas mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Terdahulu video Hamzah yang juga Ketua Pembangkang tular di media sosial ketika berucap pada Program Jelajah Sabah Bersatu di Sepanggar pada Khamis.

Tambahnya, G57 berharap Kerajaan Negeri Sabah menggunakan kuasa imigresen sedia ada bagi menghalang pemimpin dan aktivis politik dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai sejarah atau perilaku menghina dan berpotensi melakukan huru-hara untuk masuk ke Sabah.

“Rakyat Sabah sebenarnya tidak rasis dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

“Tetapi mutakhir ini tindakan memperlekehkan orang-orang Sabah berbentuk caci maki oleh ahli-ahli politik dari semenanjung Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi.

“Ia sewajarkan dihentikan melalui tindakan menghalang mereka menjejakkan kaki ke Sabah,” kongsinya.

Related Posts

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

KUANTAN – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, menganjurkan majlis bacaan Yassin dan tahlil khas untuk dua pelajar sekolah itu yang meninggal dunia akibat lemas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

PEKAN – Enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun ditahan kerana disyaki merusuh dan mencederakan pelajar lain dalam kejadian berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER