FSJA sokong cadangan tubuh Rumah Kelab Media di Kuching 

KUCHING – Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan penubuhan Rumah Kelab Media Sarawak yang dilihat mampu menjadi pusat operasi, rehat dan interaksi bagi pengamal media di negeri ini.

Presidennya, Ronnie Teo Teck Wei yang juga Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) berkata, inisiatif itu amat dialu-alukan memandangkan wartawan sering berdepan situasi kerja yang memerlukan mobiliti tinggi serta jadual tugasan yang padat.

“Kami kerap berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain dalam masa singkat dan mempunyai tempoh menunggu yang panjang antara tugasan. Hal ini menjadi cabaran logistik yang memerlukan kami menanggung kos sendiri.

“Mempunyai ruang khusus akan menjadi ‘game-changer’ kerana ia menyediakan hab yang selesa dan strategik untuk kami bekerja dengan lebih cekap,” katanya.

Menurut Ronnie, rumah kelab media yang dilengkapi kemudahan seperti capaian internet, bekalan kuasa dan ruang kerja akan membolehkan wartawan menulis berita, menghantar gambar, video serta melakukan penyuntingan dengan pantas, sekali gus memastikan laporan dapat disiarkan tepat pada masanya.

Beliau menambah, penyediaan ruang rehat dan pemulihan juga penting demi kesejahteraan pengamal media yang bekerja dalam tempoh panjang dan menuntut tenaga fizikal serta mental yang tinggi.

“Usaha ini bukan sahaja membantu meningkatkan produktiviti, malah akan memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan warga media Sarawak. Kami juga berharap projek ini dapat diperluaskan ke Sibu dan Miri bagi memenuhi keperluan rakan-rakan media di sana,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol memaklumkan pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut dengan kerjasama kerajaan Sarawak, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak swasta.

Menurut Abdullah, idea tersebut tercetus hasil perbualan dengan beberapa rakan media berkenaan ruang khusus untuk mereka berehat dan berinteraksi di luar tugasan rasmi mereka. 

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM