Lima warga Iran terpalit kes curi, dadah dan Akta Imigresen

GEORGE TOWN – Lima warga Iran termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan berasingan membabitkan kesalahan jenayah curi, dadah dan Akta Imigresen.

Bagaimanapun, pertuduhan-pertuduhan terhadap kesemua tertuduh iaitu Tarfi Ghader, 33; Fazeli Payam, 33; Dinarvand Siavash 28; Zahra Hasani, 39, dan Sara Ghiyas, 19, tidak dibacakan di mahkamah hari ini memandangkan kesemua mereka tidak faham Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, peguam yang mewakili kesemua tertuduh R. Thandayuthabany Pillay memohon agar jurubahasa bahasa Parsi dibawa ke mahkamah untuk membaca pertuduhan dan memohon sebutan semula kes-kes berkenaan pada tarikh lain.

Di Mahkamah Majistret 1, Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin memohon agar kesemua tertuduh yang didakwa berkaitan Akta Imigresen tidak dibenarkan diikat jamin. Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin kemudiannya menetapkan tarikh 10 September ini untuk sebutan semula kes dan menunggu jurubahasa.

Dalam pada itu, di Mahkamah Majistret 2, Tarfi, Fazeli dan Dinarvand berdepan dengan pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan. Majistret Muhammad Amzar Ismail kemudian menetapkan kes disebut semula pada tarikh sama, dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 3, kelima-lima tertuduh menghadapi pertuduhan memiliki dadah, namun kes tersebut turut ditangguh pada tarikh yang sama, manakala di mahkamah sama, Tarfi juga menghadapi pertuduhan jenayah mencuri.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad memohon agar jaminan tidak diberikan. Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi kemudiannya bersetuju untuk menangguhkan pertuduhan dan kes disebut semula pada 10 September.

Related Posts

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

KUCHING – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memberi jaminan siasatan terperinci dan telus dijalankan susulan dakwaan insiden salah laku disiplin membabitkan pelatih di sebuah kampusnya di Sarawak, baru-baru ini. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa