FELDA perlu kemuka pelan hala tuju baharu

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada pengurusan FELDA mengemukakan pelan hala tuju baharu bagi agensi berkenaan.

Perdana Menteri berkata, pelan itu bertujuan mengangkat martabat FELDA serta semua agensi dan anak syarikatnya yang memerlukan lonjakan untuk berada di landasan ampuh.

Katanya, pelan itu juga akan menjadi persediaan berdepan kemungkinan keadaan lebih mencabar susulan perkembangan geopolitik semasa, walaupun unjuran permintaan sawit ketika ini berada pada tahap lebih baik.

Beliau memberi jaminan seluruh tenaga dan kekuatan Kerajaan MADANI akan dikerah bagi memastikan pelaksanaan pelan hala tuju baharu FELDA, sekali gus melonjakkan permintaan sawit negara.

“FELDA kini berada pada tahap di mana lonjakan amat diperlukan… satu haluan dan matlamat untuk mengangkat martabat FELDA demi menjamin masa depan lebih baik kepada peneroka serta ekonomi negara.

“Kita akan menggerakkan seluruh kekuatan serta jentera kerajaan, termasuk Kementerian Kewangan, dan pakar lain bagi memastikan kita berpuas hati dengan hala tuju baharu, untuk memberi keyakinan kepada ratusan ribu peneroka dalam masa singkat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Menara FELDA, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anwar menegaskan, FELDA tidak boleh berada dalam ruang selesa walaupun sudah mencapai peningkatan permintaan bagi produk berasaskan sawit dalam pasaran global.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, FELDA tidak boleh terus kekal dalam bentuk dan hala tuju sedia ada, selain bergantung pada suntikan dana hampir RM1 bilion setahun yang diberikan kerajaan.

“Memang tugas kerajaan mencari jalan menambah permintaan (bagi produk berasaskan sawit) dan Alhamdulillah setakat ini, kita sudah capai… namun, kita tidak boleh hidup dalam ruang selesa.

“Menerusi unjuran keadaan sekarang, dalam keadaan lebih baik… mudah-mudahan (permintaan) lebih tinggi tetapi keadaan geopolitik tidak menentu.

“Justeru, ini mengingatkan kita supaya lebih berwaspada untuk menjangka kemungkinan keadaan lebih mencabar,” katanya.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta