Fasa peralihan monsun bermula minggu depan

PUTRAJAYA – Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 30 September dan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 10 Mei lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir. Fenomena ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” menurut kenyataan itu.

METMalaysia memaklumkan, kawasan dijangka paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia serta Barat Sabah dan Sarawak.

Fenomena cuaca itu berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, fenomena kepala air dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga, selain mengikuti maklumat terkini mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui pelbagai saluran rasmi METMalaysia.

“Ini termasuklah (maklumat) di laman web, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara itu boleh dibuat dengan menghubungi Hotline METMalaysia di talian 1-300-22-1638.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16