Kekalkan kedaulatan negara walau hanya seketul batu karang di tengah lautan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara harus terus kekal terpelihara walaupun hanya seketul ‘batu karang’ di tengah laut.

Sultan Ibrahim bertitah, tindakan tegas yang melibatkan pelbagai saluran haruslah segera diambil bagi memastikan hak kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

“Tindakan tegas melalui saluran diplomatik undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara walaupun hanya seketul batu karang di tengah laut,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, pada Mac 2023, Sultan Ibrahim Iskandar, menzahirkan rasa murka dengan tindakan pentadbiran kerajaan terdahulu yang membuat keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh, tanpa merujuk kepada baginda.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam majlis menghadap bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang menyatakan baginda murka dengan keputusan kerajaan ketika itu sehingga kawasan itu kini menjadi milik Singapura.

“Keputusan berhubung Batu Putih itu satu yang unik kerana Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Kerajaan ketika itu melepaskan hak rayuan berkenaan dan perkara ini akan dibawa untuk perbahasan dalam pembentangan Kertas Putih – Pulau Batu Puteh di Parlimen.

“Dalam apa juga situasi atau alasan, atau nasihat siapa pun hak merayu tidak sepatutnya dilepaskan,” katanya.

Azalina menjelaskan, isu Batu Puteh ini sepatutnya dirujuk kepada Sultan Johor, kerana ia membabitkan isu kedaulatan tanah jajahan negeri Johor.

“Isu kedaulatan berkenaan Batu Puteh atau Middle Rock sepatutnya dirujuk kepada kerajaan negeri kerana ia bawah kekuasaan Sultan,

“Malah, jika dirujuk Akta Laut, daratan beberapa kilometer di bawah laut itu milik kerajaan negeri, namun dalam kes ini ia tidak dirujuk oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri mahupun Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Azalina menjelaskan, Sultan Johor memuji usaha Malaysia dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong Januari 2023, yang mana kedua negara bersetuju mengadakan rundingan lebih terperinci terhadap langkah republik itu menambak kawasan sekitar Batu Puteh.

“Kita sudah terlepas peluang, namun apa yang menjadi keutamaan Malaysia kini supaya Singapura tidak membawa pembangunan di pulau itu,” katanya.

Batu Puteh ialah sebuah batu tunggal kira-kira 7.7 batu nautika (14 km), selatan Tanjung Penyusup, Johor dan 25 batu nautika (44 km) timur Singapura.

Ia kini menjadi milik Singapura, susulan pertikaian dibawa Malaysia dan Singapura ke ICJ pada 2003.

ICJ pada 2008 memutuskan Batu Puteh adalah milik Singapura.

Batu Puteh yang terletak di pintu masuk timur Selat Singapura, mempunyai rumah api, helipad, loji penyahgaraman dan lebih penting lagi stesen penyiaran semula tentera.

Terdahulu dilaporkan ada penemuan tiga dokumen di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017 yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan ICJ berhubung Batu Puteh pada 2 Februari 2017 di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ia termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an yang memperakukan Batu Puteh tidak menjadi sebahagian daripada wilayah berdaulat Singapura dalam tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, pada 11 Jun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan.

Related Posts

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kementerian Pendidikan (KPM) segera melaksanakan inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelewatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta 588 (Pindaan) kuat kuasa hari ini

PINDAAN terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berkuat kuasa hari ini, selepas diwartakan pada 7 Februari lalu. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, pindaan terhadap akta itu diluluskan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji