BN Perak hantar jentera Orang Asli ke Nenggiri

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak menggerakkan jentera Orang Asli bagi membantu kempen calon parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, BN Perak diberi tanggungjawab menjaga tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk dua PDM Orang Asli iaitu di Sungai Puian dan Pos Simpor.

Menurutnya, satu lagi PDM di Sungai Asap iaitu di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Pendekatan kali ini berbeza dengan kempen pada PRK sebelum ini kerana kawasan Orang Asli tak boleh ceramah, jadi kita kena pergi rumah ke rumah.

“Sebab itu saya gunakan kumpulan kempen ini Orang Asli negeri Perak sendiri.

“Petugas ini akan pergi rumah ke rumah dan secara kebetulan mereka ada keluarga di situ,” katanya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Sementara itu difahamkan seramai 55 petugas BN Perak termasuk 13 daripadanya Orang Asli yang dihantar bagi membantu jentera BN di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Rizwadi Ismail, 41, yang bertanding atas tiket Pas dengan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38.

Related Posts

GRS bukan sekadar pakatan, tapi keluarga politik demi masa depan Sabah – Rina

TAWAU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilihat sebagai satu entiti politik yang bersatu, matang dan berpandangan jauh, bukan sekadar pakatan pilihan raya, tetapi sebuah keluarga besar yang bergerak seiring demi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambung kontrak Azam Baki, Izzah sedia bawa kepada PMX

KUALA LUMPUR –  Nurul Izzah Anwar komited dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau yang bertanding sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah