Fadhlina catat titah Agong guna tulisan jawi

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang bermula hari ini.

Fadhlina berkata, ia sebagai usaha untuk mengasah semula tulisan jawi agar tidak dilupakan.

“Harap guru kemahiran jawi memaafkan saya yang sedang mencuba mengingat semula bagaimana perkataan dieja dalam tulisan jawi.

“Titah Tuanku dalam sesi pembukaan Parlimen tadi sangat mendalam.

“Ringkas tetapi sarat dengan peringatan yang memaknai tugas sebagai ahli Parlimen,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Tambah Fadhlina, agenda reformasi pendidikan juga disentuh dengan mandat.

“Ia adalah agenda berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Pastinya isu kedaulatan negara menjadi teras titah Sultan Ibrahim. Hatta sebesar batu karang sekalipun, ia mesti dipertahankan. Daulat Tuanku,” katanya.

Related Posts

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

KUALA LUMPUR – Cadangan pelantikan Pendakwa Raya melalui mekanisme Parlimen tidak dapat mengelakkan pengaruh politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

PUTRAJAYA – Semua kementerian diarahkan meneliti semula status tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dikenal pasti sudah lama tidak dibangunkan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan