
KOTA KINABALU – Dua buah rumah terjejas tanah runtuh masing-masing berlaku di Kampung Tombovo, Putatan dan Kampung Kuala 2 Kinarut, Papar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, kejadian tanah runtuh di belakang sebuah rumah di Kampung Tombovo dikesan kira-kira pukul 10.17 pagi.
“Pemeriksaan telah dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain wujud dan telah dipastikan tiada mangsa terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sementara itu, Ketua BBP Papar, Rozlan Osman dalam satu kenyataan turut memaklumkan runtuhan tanah di belakang sebuah rumah di Kampung Kuala 2 Kinarut menyebabkan kediaman itu tidak selamat untuk didiami.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat, bagaimanapun, didapati rumah berkenaan sudah tidak selamat untuk didiami dan penghuni rumah dinasihat berpindah ke rumah saudara-mara,” katanya.