Exco Pahang, dua ADUN tewas pemilihan PKR Pahang

KUANTAN – Exco Kerajaan Pahang, Sim Chon Siang kalah dalam pemilihan peringkat Cabang Kuantan yang berlangsung semalam.

Chon Siang mendapat 575 undi manakala penyandang jawatan itu, Fakhrul Anuar Zulkawi mendapat 659 undi.

Keputusan itu disiarkan dalam laman sesawang rasmi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, lewat malam tadi.

Turut tewas adalah ADUN Semambu, Chan Chun Kuang yang bertanding Timbalan Ketua Cabang di Indera Mahkota.

ADUN Lantikan Pahang, Rizal Jamin yang juga Pengerusi PKR Pahang juga kalah mengejut di Cabang Lipis.

Beliau memperoleh 421 undi, tewas kepada Mohd Hasim Mansor yang mendapat 516 undi.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota.

Turut kekal sebagai Ketua Cabang tanpa pertandingan adalah Wan Fauzuldin Wan Samad (Paya Besar); Mohd Yazid Che Mat (Pekan) dan Mohamed Hafiz Harun (Kuala Krau).

Semua keputusan pemilihan boleh disemak dengan melayari laman sesawang https://pemilihan.keadilanrakyat.org/?sfnsn=wa.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

KUALA LUMPUR – UMNO perlu berdepan realiti semasa dengan lebih berkesan bagi memperkukuh kedudukan parti, khususnya dalam menangani kebimbangan masyarakat Melayu terhadap isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat